Wednesday, April 13, 2011

apple....

sehari sebiji epal, menyimpan dokitor jauh2...er, btol ke translation ni?haha..maen henjut je la...so, ape signifikannye peribahasa omputih ni?btol ke dengan memakan epal, kit leh jd sehat?kalau dulu, maybe org akan kate ianya sekadar kata2..tp ade satu kajian yg boleh membuktikan faedah memakan epal ke atas kesihatan kita..

satu kajian yg dijalankan di florida state universitiy, dan diketuai oleh bahram arjmandi, telah membentangkan hasil kajian yg menunjukkan pengambilan epal boleh membantu seseorang untuk mendapatkan kesihatan kardiovaskular..

kajian yg dijalankan membuktikan seseorang wanita yg mengambil epal setiap hari selama setahun boleh menurunkan paras LDL sebanyak 14 peratus dan meningkatkan paras HDL sebanyak 4 peratus..

kajian yang melibatkan 160 org subjek ni melibatkan 2 kumpulan..satu kumpulan mendpat buah prune, dan satu lagi mendapat 75 gram buah epal kering setiap hari selama setahun..hasil kajian menunjukkan pengambilan epal kering dpt mengurangkan total kolesterol sebanyak 14peratus, LDL sebanyak 24 peratus...dan jugak dpr mengurangkan c-reactive protein dan hydroperoxide level...

dietitician, jessica shapiro mengatakan kesan baik epal dikatakan berpunca drpd kandungan fibernya..yang juga membantu untuk memberikan rasa kenyang, dan menyebabkan kebanyakan subjek turun berat badan sebanyak 3.3 pound secara average la..jessica jugak berpendapat yang pulp epal yg berbentuk seperti gel dpt memerangkap kolesterol di dlm badan...

secara keseluruhan, fiber dilihat sebagai satu bahan di dalam epal yg memberikan bny faedah kepada manusia, terutama dalam mengurangkan kandungan kolesterol..tetapi, adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil fiber dlm amount yg banyak sekaligus kerana ini akan menyebabkan berlakunya bloating...jessica mencadangkan hidangan fiber sebanyak 25 hingga 30 gram sehari, dan ditambah 5 gram setiap minggu..

sumber: www.drugs.com

No comments:

Post a Comment