Wednesday, December 16, 2009

malam deparaya

oit..oit..oit...er,silap2..assalamualaikum..ha,br la berkat..ehehe..da lame da x update..ape yg x tulis ag ek..ha,malam deeparaya...sempena raye ari 2 plus deepavali pon da dkta,ktorang organize la malam deeparaya..saje je nak wat makan2..lgpon x penah pon wat sepanjang aku wujud kat skool ni..so,mlm 2 sume dak pmpuan melaram..giler ah..jamuan kat foyer skool je pon diorang melaram kaw2 pnye..besela,pmpuan..haha...mlm 2 vip sume xleh dtg..las2 aku yg kene jd vip..ape la,da la dtg pon pakai slipar jepun je..haha..aktiviti mlm 2 brjalan ngan lancar..tahniah dan jutaan terima kasih aku ucapkan kt syafiq n d gang yg bertungkus lumus merealisasikan rogram ni..siap wat gotong royong memasak 2..mmg sape nk cr calon bini leh usha2 time 2..hehe..malam 2 mcm2 makanan ade..rugi giler r sape yg x join..da la byr 5 rggt je,tp leh makan macam2..kire combine r masakan melayu ngan india..pas2 ade la plak shida bawak ketupat yg balut gune daun buluh..cyes aku x pnah tau pon ade daun buluh yg besar cam2..buluh betung ke ape tah..haha..aktiviti mlm 2 termasuk lah pertandingan teke lagu,anyam ketupat gune reben..nsb baek diorang x wat pertandingan masak lemang..apedehal!!haha..las skali ade plak mase utk berkaroke..aku ape lg,melalak r mlm 2..leh xeizure aku kalau x nyanyi..haha..program abes dlm kul sblas lby..aku tgk sume org epi dan aku pon turut epi bile melihat sume epi..ah,epinye aku..semoge sidang2 seterusnye akan diadakan lg acare2 camni..mmg nmpk bese,tp even2 camni la yg akan merapatkan hubungan kite sesame student farmasi..k lah,nk g ngaji jap..haha..salam..

Tuesday, September 29, 2009

PERJALANAN PHARMATRADE




Pharmatrade merupakan jualan pelajar-pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen bertarikh 12 hingga 16 Ogos 2009. Pengarah projek ini adalah Saudara Ammar Kamar, wakil pelajar daripada tahun dua. Antara produk-produk yang dijual sepanjang tempoh tersebut adalah produk-produk daripada Nature Care Pharmacy, One Drop Perfume, Nutrimetics, Kel’s Products, Caremart, dan Major Interest Sdn Bhd. Turut memeriahkan suasana adalah syarikat farmaseutikal, CCM yang turut menyertai jualan sepanjang minggu konvokesyen tersebut.


Untuk pembahagian tugas, para pelajar diberi dua slot untuk bertugas di gerai Pharmatrade untuk mempromosikan produk yang dijual kepada para pengujung tapak konvo. Setiap hari, lima slot diperuntukkan iaitu daripada 8 pagi hingga 6 petang di mana setiap slot diwakili oleh lima orang pelajar. Satu slot berlangsung selama dua jam. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar lelaki daripada tahun dua diberi tugas untuk menjaga gerai daripada diceroboh dan mengelakkan kecurian. Setiap pelajar yang bertugas di gerai diberi tugas berlainan iaitu sebagai promoter (mempromosikan gerai pharmatrade di sekitar kawasan konvokesyen), penjaga kaunter pembayaran dan juga jurujual yang melayan pelanggan. Bendahari dan pelajar-pelajar daripada bahagian pemasaran perlu hadir pada setiap slot dan diketuai oleh Teng Sook Yee. Sebelum bertugas, para pelajar dilatih terlebih dahulu tentang cara-cara mempromosikan produk-produk yang dipamerkan.


Perasmian Gerai Pharmatrade ini berlangsung pada hari pertama beroperasi iaitu pada 12 Ogos 2009. Perasmian ini dilakukan oleh PM (Dr.) Mohd Izham Mohd Ibrahim Turut memeriahkan suasana adalah pensyarah-pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi yang turut turun padang iaitu Dr Nurzalina, Dr Azmi Hassali dan pensyarah-pensyarah yang lain. Selepas perasmian, Dr Izham dan semua pensyarah diiringi oleh pengarah projek Pharmatrade, Saudara Ammar dan pengarah projek Pharmex, Saudari Muslihah Rafli untuk melawat tapak jualan dan pameran bagi kedua-dua projek.


Sepanjang pembukaan gerai, jualan agak memberangsangkan semenjak hari pertama gerai dibuka lagi. Setiap hari, hasil jualan melebihi RM400 dan mencapai RM800 sehari iaitu jualan pada hari terakhir gerai dibuka. Pada hari terakhir, majlis tertinggi Pharmatrade mencadangkan untuk membuat jualan lelong kepada pengunjung tapak konvo. Sambutan yang diberikan pada hari terakhir sangat menggalakkan dan memberikan pulangan yang lumayan. Jualan yang dijadualkan berakhir pada jam 2 petang pada hari terakhir jualan itu ditangguhkan kerana masih ramai pelanggan yang berpusu-pusu datang ke gerai Pharmatrade sempena jualan lelong yang berlangsung. Gerai Pharmatrade pada ketika itu dihiasi hingar bingar dan tawar-menawar antara pengujung dengan pelajar. Suasana pada ketika itu sangat meriah. Pada hari terakhir itu, gerai ditutup jam 4 petang, 2 jam lewat daripada yang dijadualkan.

Semua peserta Pharmatrade berbangga atas usaha keras dan komitmen yang ditunjukkan mereka dalam menjayakan projek Pharmatrade pada tahun ini. Kami amat berpuas hati dengan jumlah jualan yang dicatatkan dan kerjasama yang ditunjukkan daripada semua pihak yang terlibat. Kami berharap agar projek Pharmatrade pada tahun-tahun akan datang akan bertambah baik dan bermutu dari segi prestasi dan hasil jualan.

Disediakan Oleh:

Farhani Adlina

(Bahagian Dokumentasi Projek Pharmatrade 2009)

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raye!!!!!!!



ha,ari ni da puase yg ke-25 da..bg kaum lelaki la..yg perempuan 2 mybe ade yg x cukup...hehe..jgn mare haa...lg brape hari je lg nak raye da..huhu,kjap je rase...ok la, dikesempatan ini aku mewakili semue exco nak mengucapkan berbanyak2 mintak maaf kepada semue insan jika kami ade tersalah perbuatan sepanjang beberapa bulan menjalankan tugas...diharap korang2 sume akan enjoy dengan aktiviti2 yg akan diadakan nnt..kepade ume member2 pharmacy,harap menjage diri korang baik2 time nak balik raye nnt..aku doakan korang sume slamat smpai..kem salam kat parens korang k...mane tau ade yg leh jd my parens in law..hahaha..apekedehal!!!hehe...so,korang tggu je la satu mende best pas raye nnt, yang dikepalai oleh payot..haha..jeng..jeng..k,nak anta esemen kat geetha..kang die mengamuk dalam bahase tamil kang,mampus aku..k,chow lu..

Monday, September 14, 2009

Berbuke Puaseeeee!!!

Allahummalakasumna wabika amanna...yg laen korang sambung sendiri la k..ahahha..akhirnya tercapai gak impian nak wat majlis berbuke puase kat skool..salunye asek wat kat indah kembare je..ape,ingat aku amek kos indah kembare ke..apekedehal!!hehe..so,majlis kali ni menjadi kenyataan hasil kerjasama sume pihak..dari 1st year smpai la 4th year....dak 1st year smpai 3rd year handle pasal teknikal fizikal,cam tikar, pembesar suare...thanx kat zul,arif,azzim,hadi dan mane2 pihak yg aku x tersebut k..n dak 4th year lak setel psl makanan..thanx kat abu ngan najab..tah ape ilmu diorang pakai sampai makcik kafe skool leh bg rm 4 je utk makanan yg bny dan sedap..ko bg die usap pp ko ke abu!!hahaha...anyway thanx sgt2..kehadiran mlm 2 pon ok..ramai yg join..caya la korang...majlis 2 diimarahkan lg dengan majlis khatam quran..alhamdulillah..nsb xde majlis bertunang ngan akad nikah mlm 2..hahaha..sbr2,tggu raye ke 5...pas berbuke je sume pakat sembahyang maghrib ngan sembahyang sunat hajat..thanx kat imam mlm 2,acong ngan ammar..x lupe gak arif yang makan lambat sebab melaungkan azan..haha..so,aku harap majlis ni diteruskan utk taun2 yg akan datang..sentimental woo..ngz tahap banjir da ni!!!...haha..k lah,2 je dulu..nk g sembahyang terawih lak..kang mak mentue marah lak..haha...assalamualaikum...

Saturday, August 29, 2009

~ PharmEx 2009 ~



alhamdulillah... berjaya jga laksanakan projek pameran ni setelah mlalui pelbagai masalah...
Sory bos (dd) lmbat sket update sal pharmex ni.. tenet tidak mngizinkan....

Hurm, x tau la nk tulis apa ni.... Firstly, nk thanks dulu kat suma yg terlibatkan dlm mnjayakan projek pameran ni... tanpa korang suma x mungkin dapat merealisasikan projek ni.... (kredit wat ajk2 yg terlibat, MT ( azim, paen, qid,fani, halida) , n lecturer2 serta pihak yg memberi sumbgan kepada kami)

PharmEX (pameran kesihatan)11-15 0gos 2009 dr 9 pg- 5.00 ptg ... leh kata setiap tahun dh jd aktiviti persatuan. Aktiviti2 pun lebih kurang je, pemeriksaan kesihatan, pameran n kuiz... mungkin kna lebih kreatif agknya.. Stp tahun bhg pemeriksaan kesihatan menjadi tumpuan utama..hehe thun ni ada ayam hensem (ayam brittle namanya) n love bird.. Rmai org kagum betul dgn ayam tu... Mungkin sebab jambulnya kot...

mula sekali, malam 10 hb ogos, 8.30 mlm ktaorg suma turun mnyiapkan tapak pameran.... Kecoh suma bahagian mnyiapkan bahan msing2... bersungguh2 sumanya... kalo x caya tgk la gmbar ni




byk lg gmbar. tp x larat lak nk upload byk2 ni.... dlm kul 12 mlm jga la bru blik....then, pg 11 ogos 10.00 pg ,

perasmian pharmex pun diadakan sekali dgn pharmatrade la. Prof.Izham yg rasmikan projek kami ni.. Thanks kepada suma lecturer yg sudi hadir...


rasanya cam malas nk tulis byk2..so kta tgk je la gambar2 kat bwh ni ek....rmai juga yg dtg kat pameran ni.. kecoh kalo budak2 sekolah yg dtg....



ayam hensem(brittle)







lupa lak, thanks kat suma yg berjaga malam tdo kat tapak pameran tu, nk tlg pun x mampu rsnya... ( kredit kat dak2 laki la) last but not least... ni gambar MT.. sekian.... terima kasih suma

Friday, August 14, 2009

Futsal la plak..apekedehal!!hehe..




ha,kali ni aku nak menyemai budaya bersukan kat dak2 farmasi..baru la badan sihat otak cergas...mak mentua pon kagum!!!hehe..idea untuk wat pertandingan futsal ni datang time melepak kat khaleel..las2 aku suro juki jadi pengarah projek..dengan bantuan rakan2 bola,akhirnya pertandingan ni jadi kenyataan..tanggal 2 ogos,sume berjalan agak lancar..walaupun ujan lebat,nasib baik la kejap je..huhu..objektif pertandingan ni ialah untuk menggalakkan sume orang bersukan,xkire batch,kaum,gaya hidup..anand pon maen pe..kagum aku!!hehe...so,yang menang ke kalah ke sume dapat adiah..walaupun ade sedikit rasa tidak puas ati di kalangan peserta yangbertanding, aku harap semuanya epi belaka...pasni nak wat game pe plak ek..congkak kot..layan!!!!!

aktiviti pertama..hehe

selamat memasuiki sidang baru..ha,harap semua exco persatuan akan terus komited ngan kerja masing2...kalau korang tak komited,aku plak yang penat nanti..haha..so,aktiviti pertama yang dijalankan ialah hari asimilasi untuk bebudak 1st year...ape la,tiap2 taun mesti nak buat..da tiap2 taun ade ist year kan,terpaksa lah buat..kang merajuk plak dak 1st year ni..hehe..dan aktiviti ini telah berjaya dihandle oleh beng zhong.exco hubungan luar..,.tahniah aku ucapkan kat mamat ni sebab berjaya menjalankan aktiviti dengan success nye...dari ice breaking, explorace, sampai lah ke majlis penutup,sume berjalan dengan lancar...setakat masalh2 sket tu bese la...konsert search pon ade masalah..apekedehal!!!hehe...harap sume dak2 1st year happy dengan sume aktiviti yang telah dirancangkan untuk mereka..dan sentiasalah rapat ngan senior sebab tanpa senior,korang takkan bergelar junior...er,btol la kan..haha...k lah,tggu plak ape aktiviti seterusnya..hehe...

mengemas bilik persatuan!!!

ape nak jadi ngan bilik persatuan nie..huhu...bersepah gile..dah macam setor da aku tengok...so,kitorang pon bertungkus lumus bekerjasama untuk membersihkan bilik persatuan..bukan apa,nak tunggu bilik baru tah generasi ke berapa baru dapat..huhu...banyak gak barang pra sejarah yang kitorang buang...gambar2 taun bila tah..kitorang tak nak pikir banyak,apa2 yang rasa x perlu memang ke tong sampah la jawabnya..hehe..abes je mengemas bilik,kena kemas barang yang untuk dibuang pulak..tak kan nak tinggal kat situ je plak kan..huhu..ponat giler cakap lu..tuhan je la tau..selepas bermandi peluh,hasilnya pon dinikmati bersama..haha..memang kemas lah..tahap leh buat bilik lah..hehe...

Tuesday, August 11, 2009

Yeay!!!buat baju!!!

baju batik lagi ke?...ha,xnak baju batik da..
kali ni aku arahkan persatuan wat baju korporat..hahaha..best r sket..kalau baju batik cam xleh nak pakai selalu la..so,sume pon setuju untuk wat baju korporat...mule la dok pikir nak letak warna apa kat baju kitorang tu..hitam lah, kelabu lah, kuning lah..last2,mem besar (Hani..haha,jgn mare haa) nak warna merah putih..ok la 2..lawa gak..pas2 taruk nama ngan lambang persatuan..siap..sorang kena RM 65...bayar sendiri haaa..x guna duet persatuan pon..hehe..nak tgk ke baju ktorang camne?ha..tengok la..hehe..

Yeay!!!buat baju!!!

PlaNNInG!!!!!!!!!!!!!

ha..
pas kene lantik,kena la buat kerja..xkan nak duduk goyang kaki plak..Lu pikir la sendiri!!..hehe...disebabkan perlantikan kami terlalu awal,pihak HEP x bagi wat ape2 program pon lagi..nak suruh abeskan dulu aktiviti2 sidang lepas..so,xtau la nak wat ape..kitorang pon amek keputusan untuk merancang apa yang hendak dibuat bila bukak sem nanti...macam2 la yang dirancang dengan harapan semua yang dirancang akan menjadi kenyataan..chewahhh!!...perkara paling awal pasal JPA...kitorang nak pastikan yang JPA kali ni dapat awal..ni asek masuk lambat je...agak2 berjaya x masuk awal?jeng...jeng....hahaha..

Monday, August 10, 2009

PERLANTIKAN ORANG-ORANG BARU

assalamualaikum semua kawan-kawan di luar sana..
haha...jz wan 2 make this blog too informal..baru la syok..ni x,asek skema je..pokok pon boleh mati la..apedehal!!..hehe...so,aktiviti pertama yang terjadi kat persatuan sesi 09/10 ialah pemilihan ahli2 baru..terpaksa dilakukan awal giler kerana 4th yr terpaksa berpindah tempat belajar ke Kampus Kubang Kerian di Kelantan....AGm yang diadakan pertama kalinya di DUP telah dihadiri dengan ramai sekali..huhu...undian berlaku dengan amannya..dan yang x boleh blah ialah semua calon kena berkempen...haha..aku yang da menang tanpe bertanding pon kena kempen gak...lantaklah,maen balun je cakap..haha...ni sara punye pasal..(jangan mare haa sara)..so,AGM pon abes lebih kurang kul 11 lby...dan pemenangnye ialah....check this ouuttttt!!!!!!!!

YDP : Mohd Naquiddin Mohd Amin
NYDP1 : Hani Majdina
NYDP2 : Lim Su Ee
SU agung : Murshida Ibrahim
Bendahari : Hazlina
SU kerja : Wong
Exco Akademik :Muslihah Rafli
Exco Sukan : Muhammad Adeeb
Exco Hubungan Luar : Chan Beng Zhong
Exco Kebajikan : Syafiq
Exco Penerbitan : Wong siau Chiau
Exco Ekonomi : Ammar B. Kamar
Class rap 4th year : Wong Chung Ern