Sunday, August 7, 2011

Inhaled agent:What are they?

pergh, tajuk nk gempak, siap dlm english lagi..haha..ok lah, kali ni nk cite sket la berkenaan agent2 yg selalu nya di ambil oleh patient dlm bentuk sedutan..ade pelbagai jenis gak la, dan ade yg menggunakan metered-dose inhale, handihaler, turbohaler, dan mcm2 lagi lah..agent2 ni selalunya digunakan dlm rawatn COPD atau pon asma..so, contoh2 agent2 yg berkaitan adalah:

1. short acting beta agonist (SABA)
2. short acting anticholinergic (SAAC)
3. Long acting beta agonist (LABA)
4. Long acting anticholinergic (LAAC)
5. Inhaled corticosteroid (ICS)

kite tgk satu persatu name ubat yg terkandung di bawah 5 kumpulan ni kay..

SABA terdiri drpd Salbutamol 200 mcg, fenoterol 200 mcg dan terbutaline 500 mcg..agent drpd group ni bertindak pada durasi masa yg singkat, iaitu kira2 4 jam sjh..13 kajian RCT telah dijalankan berkenaan dengan SABA dan kajian2 itu membuktikan bahawa penggunaan SABA secara konsisten dlm masa 7 hari boleh mngurangkan post-bronchodilator lung function..tp memandangkan durasi masa kerja SABA yg pendek tidak menjanjikan kebaikan untuk jangka masa yg panjang..

SAAC pula merupakan agent laen yg berfungsi untk membuka saluran pernafasan tetap menggunakan mekanisma yg berlainan drpd SABA...Contoh yg terdapat dlm pasaran ialah ipratopium bromide 40 mcg...ipratopium ni besenye di gabungkan dengan fenoterol (SABA) di dalam ubat BERODUAL utuk mendapatkan kesan yg lebuh berkesan berbanding dengan penggunaanya secara sendiri..

LABA juga merupakan beta agonist tetapi durasi masa kerja nya lebih panjang berbanding SABA, iaitu selama 12 jam. Contoh LABA ialah saleterol 50 mcg dan formoterol 9 mcg. Berbanding SABA, pengunaan LABA dpt meningkatkan kualiti hidup seseorang bg jngka masa yg lama, dan ini dibuktikan dengan 23 RCT yg telah dijalankan.

LAAC yg terdapat di pasaran hanya lah Tiotropium 18 mcg..Berbanding agent yg laen, Tiotropium atau nama dagangannya Spiriva, hadir dlm bentuk capsule dan hanya bleh digunakan menggunakan alat bernama Handihaler. Kajian retrospective selama 4 tahun membuktikan bahawa penggunaan Spiriva selama 6 mingu sehingga 12 bulan dpt meningkatkan toleransi seseorang untuk melakukan aktiviti, meningkatkatn fungsi paru2 dan mengurangkan excarbation. Spiriva bertindak untuk jangka amsa yg panjang iaitu 24 jam.

ICS seperti fluticasone 500 mcg dan budesonide 400 mcg juga digunakan untuk rawatan COPD. Penggunaan ICS dpt mengurangkan progression untuk respiratory synptoms dan mengurangkan exacerbation..

selaen digunakan berasingan, terdapat juga produk yg menggabungkan agent2 berikut.

1. LABA + ICS dpt memberikan benefit yg lebih kepada pesakit
2. kebanyakan pesakit yg mengambil rawatan LABA/ICS dan masih menunjukkan simptom2, penambahan LAAZ (Tiotropium) ke dalam rawatan dpt meningkatkan kesan rawatan terhadap pesakit.
3. penggunaan LAAC + ICS tidak mempunyai sebarang kajian untuk disokong penggunaannya.

so, 2 la sedikit sebanyak berkenaan inhaled agent yg selalunya digunakan untuk pesakit asma dan COPD..ade bnk lagi info sbnanye tp aku cbe ringkas kan utuk tatapan pembaca..hehe..bukan ape, at least korang dpt gambaran sket pasal hal2 ni..lebih2 kite bc sendiri kt origina artikel k..info2 ni aku olah drpd CPG for COPD...okay, selamat bersahur..hehe..

No comments:

Post a Comment