tanggal 12 Rabiul awal, tarikh yang begitu bermakna buat semua umat di dunia ini...detik di mana lahirnya seorang nabi akhir zaman yang akan membawa rahmat ke seluruh alam..lahirnya seoran insan yang amat istimewa, di mana kelahirannya telah pon di ketahui oleh Nabi Isa, sebelum baginda ada dalam kandungan lagi...begitulah kuasa ALLAH..
Lahirnya Nabi Muhammad SAW ke dunia telah mengubah gaya hidup masyarakat arab yang pada ketika itu hidup dalam keadaan yang jahil..mereka lupa akan ALLAH, yang memberikan rezeki melimpah ruah kepada mereka..maksiat berleluasa, penyembahan berhala, dan pelbagai kerosakan yang dibuat..namun, lahirnya seorang Nabi telah berjaya mengubah semua itu...
kini, setiap tahun umat Islam akan sentiasa memperingati detik keramat hari keputeraan baginda..dan tahun ini, seruan untuk menggalakkan masyarakat untuk menikuti sunnah Rasulullah telah dicanangkan sebagai tanda kasihkan Nabi..sebagai cara untuk memperbaiki diri dengan mengimplimentasi cara kehidupan Rasulullah SAW ke dalam diri kita...
tidak perlu melakukan perubahan secara drastik...buat secara berperingkat dan apa yang penting, perubahan yg ingin dibuat itu mestilah secara istiqamah dan konsisten..selamat menyambut maulud Nabi dari saya, dan semoga dengan mengikuti sunnah2 Rasulullah SAW, hidup kita akan lebih diberkati dan insyaallah akan dapat secebis syafaat dr Rasulullah SAW di akhirat kelak..insyaallah...
No comments:
Post a Comment