Tuesday, August 9, 2011

blood

ha, kali ni aku jz nk tulis mende ni...saje je tmbah2 ilmu..hehe..

p replace loss coagulation factor in adult:

6 units of cryoprecipitate given over 10-2- minutes
4 units of platelets given over 1 hour
2 units of fresh frozen plasma

to replace coagulation factor loss in paeds:

1 units/5 kg bpdy weight of cryoprecipitate given over 10-20 minutes
4 units or 10-20 ml.kg plateletes given over 1 hour
10-20 ml.kg fresh frozen plasma

in obstructive jaundice:

IV/IM vitamin K 10 mg for 3 days (IV to be given over 10-15 minutes) in adult

IV/IM vitamin K 0.2-0.5 mg/kg in paeds

in liver cirrhosis:

DDAVP (desmopressin) be given with dose of 0.3 mcg/kg

Vitamin K with the dose of 0.5mg was gine IM and stat in newborn baby to prevent hemorrhagic disease

warfarin is vitamin K antagonist, and it can reduce coagulating factor 2, 7,9 10

Heparin can increase antothrombin activity by 1000 fold

patient bleed due to warfarin and heparin can be corrected by given cryisupernatant or FFP

patient who recieve vitamin K only can be given warfarin 1 week after the dose of vitamin K

patient who recieve protamine sulphate pnly can be given heparin 3-5 days after recieve protamine sulphate

okay, ckp pasal aspirin plak kay....aspirin digunakan untk mencairkan darah dan xde aggregation ngan collagen dan 2ndary aggregation ngan ADP...aspirion effects with platelets last for 1 week...any invasive surgery por patient who on aspirin must b done 1 week after aspirin is stopped


smpai sini je kot aku mngarut tg ni..nk g solat n g bazar plak..hehe..

Monday, August 8, 2011

porphylaxis for oral surgery

okeh, smentare nk tggu waktu berbuka ni, ape kate kte semabng2 sketpasal antibiotik..bukan ape, nex week da masuk icu, kompem kene sharp kan lagi knowledge pasal antibiotik..ha, ni aku nk cite sket antibiotic yg digunakan untuk prophylaxis sbeelum oral surgeyr...so, kite bahagikan kpd 2 jenis, iaitu intraoral dan extraoral..

Intraoral surgery

kebiasaanya, kawasan dlm mulut ni akan di huni oleh 2 jenis bakteria, bakteria aerobes (yg memerlukan oksigen) dan bakteria anaerobes (yg tidak memerlukan oksigen), dan jumlah diorang dlm ratio 1:2.so, bakteria anaerobes ni lg bny la...tp bakteria aerobes juga memainkan peranan penting di sini yg mana ia akan menyedikan kawasan yg sesuai untk pertumbuhan bakteria anaerobes..so, sebagai prophylaxis, kite perlu consider bakteria aerobes sebagai key untk memilih antibiotik yg sesuai..selalunya, bakteria yg terlibat untuk introral surgery adalah staphylococci..so, dr sini kite boleh memilih antibiotik yg sesuai..

1. untik patient yg xde alahan terhadap penicillin, agent ni merupakan 1st choice yg digunakan sebagai prophylaxis..dose dan dosage form akan aku rumuskan kt bawah nnt kay..penicillin dipilih memandangkan ia mempunyai coverage yg baik terhadap staphylococc..amoxicillin, ampicillin dan cephalosporin pon boleh digunakan, tp memandangkan cephalosporin terlalu broad, untuk mengelakkan resistant, better guna penicillin..

2. dan untuk patient yg alah terhadap penicillin, clindamycin merupakan alternative yg terbaek..

extraoral surgery

extraoral surgery merupakan prosedur yg melibatkan bhgian luar, dan oleh sebab itu kte perlu consider jugak streptococci drpd kulit selaen drpd staphylococci dlm memilih antobitik yg sesuai.

1. untuk patient tiada alahan terhadap penicillin, gabungan penicillin dan cloxacillin merupakan pilihan yg terbaek kalau dibandingkan dengan 2nd atau 3rd generasi cephalosporin.

2. untuk patient yg alah terhadap penicillin, clndamycin masih menjadi pilihan. tetapi, alternatif yg laen seperti vancomycin atau erythromycin juga boleh digunakan..memandangkan vancomycin hanya digunakan untuk kes2 MRSA, erythromycin yg selalunya dipilih utuk menggantikan clindamycin...

dose yg selalu digunakan berbza drpd dose therapeutic memandangkan tujuan antibiotic ini digunakan adalah untuk prophylaxis..jd, dose nya agak tinggi untk memastikan kepekatan di dalam tisu yg dikehendaki dpt dicapai..Berikut merupakan dose yg digunakan..

penicillin V (oral) = 1g
Benzylpebicillin (IV) = 2 MU
Cloxacillin (oral & IV) = 1g
clindamycin (oral % IV) = 600mg
Vancomycin (IV) = 1g
eryhtromycin (oral) - 800mg

surgeryni plak terbahagi kepada dua, iaitu LA (local anaesthetic) dan GA (general anaesthetic)..kalau untuk LA, pemberian secara oral akan diberi dan kalau melibatkan GA, pemberian antibiotik secara IV akan dilakukan..

sedikit info berkenaan prosedur pemberian ubat IV:

1. Cloxacillin & Benzykpenicillin = boleh diberi secara slow injection atau infusi

2. Vancomycin = perlu diberi over 100 minit unutk meminima kan kesan toksisiti

3. Clindamycin = perlu diberikan dalam 50 ml diluent over 10 minit untk mengelakkan kesan adverse seperti B drop, arrhytmias, nausea dan vomitting...

okeh, stakat ni je dulu..aku nk g siap2 untuk berbuka plak..hehe..

Sunday, August 7, 2011

Inhaled agent:What are they?

pergh, tajuk nk gempak, siap dlm english lagi..haha..ok lah, kali ni nk cite sket la berkenaan agent2 yg selalu nya di ambil oleh patient dlm bentuk sedutan..ade pelbagai jenis gak la, dan ade yg menggunakan metered-dose inhale, handihaler, turbohaler, dan mcm2 lagi lah..agent2 ni selalunya digunakan dlm rawatn COPD atau pon asma..so, contoh2 agent2 yg berkaitan adalah:

1. short acting beta agonist (SABA)
2. short acting anticholinergic (SAAC)
3. Long acting beta agonist (LABA)
4. Long acting anticholinergic (LAAC)
5. Inhaled corticosteroid (ICS)

kite tgk satu persatu name ubat yg terkandung di bawah 5 kumpulan ni kay..

SABA terdiri drpd Salbutamol 200 mcg, fenoterol 200 mcg dan terbutaline 500 mcg..agent drpd group ni bertindak pada durasi masa yg singkat, iaitu kira2 4 jam sjh..13 kajian RCT telah dijalankan berkenaan dengan SABA dan kajian2 itu membuktikan bahawa penggunaan SABA secara konsisten dlm masa 7 hari boleh mngurangkan post-bronchodilator lung function..tp memandangkan durasi masa kerja SABA yg pendek tidak menjanjikan kebaikan untuk jangka masa yg panjang..

SAAC pula merupakan agent laen yg berfungsi untk membuka saluran pernafasan tetap menggunakan mekanisma yg berlainan drpd SABA...Contoh yg terdapat dlm pasaran ialah ipratopium bromide 40 mcg...ipratopium ni besenye di gabungkan dengan fenoterol (SABA) di dalam ubat BERODUAL utuk mendapatkan kesan yg lebuh berkesan berbanding dengan penggunaanya secara sendiri..

LABA juga merupakan beta agonist tetapi durasi masa kerja nya lebih panjang berbanding SABA, iaitu selama 12 jam. Contoh LABA ialah saleterol 50 mcg dan formoterol 9 mcg. Berbanding SABA, pengunaan LABA dpt meningkatkan kualiti hidup seseorang bg jngka masa yg lama, dan ini dibuktikan dengan 23 RCT yg telah dijalankan.

LAAC yg terdapat di pasaran hanya lah Tiotropium 18 mcg..Berbanding agent yg laen, Tiotropium atau nama dagangannya Spiriva, hadir dlm bentuk capsule dan hanya bleh digunakan menggunakan alat bernama Handihaler. Kajian retrospective selama 4 tahun membuktikan bahawa penggunaan Spiriva selama 6 mingu sehingga 12 bulan dpt meningkatkan toleransi seseorang untuk melakukan aktiviti, meningkatkatn fungsi paru2 dan mengurangkan excarbation. Spiriva bertindak untuk jangka amsa yg panjang iaitu 24 jam.

ICS seperti fluticasone 500 mcg dan budesonide 400 mcg juga digunakan untuk rawatan COPD. Penggunaan ICS dpt mengurangkan progression untuk respiratory synptoms dan mengurangkan exacerbation..

selaen digunakan berasingan, terdapat juga produk yg menggabungkan agent2 berikut.

1. LABA + ICS dpt memberikan benefit yg lebih kepada pesakit
2. kebanyakan pesakit yg mengambil rawatan LABA/ICS dan masih menunjukkan simptom2, penambahan LAAZ (Tiotropium) ke dalam rawatan dpt meningkatkan kesan rawatan terhadap pesakit.
3. penggunaan LAAC + ICS tidak mempunyai sebarang kajian untuk disokong penggunaannya.

so, 2 la sedikit sebanyak berkenaan inhaled agent yg selalunya digunakan untuk pesakit asma dan COPD..ade bnk lagi info sbnanye tp aku cbe ringkas kan utuk tatapan pembaca..hehe..bukan ape, at least korang dpt gambaran sket pasal hal2 ni..lebih2 kite bc sendiri kt origina artikel k..info2 ni aku olah drpd CPG for COPD...okay, selamat bersahur..hehe..

Tuesday, July 19, 2011

emas plak..

memandangkan aku da berjinak jinak ngan emas, aku cite la pasal emas plak...next artikel br cite pasal ubat k..hehe..

stakat ni harge emas tgh cantik..walaupon ade penurunan sedikit, tp insyaallah akan anek lagi..jd, sape2 yg berminat untuk menyimpan emas, leh la stat ngan mengumpul dinar...bukan ape, tak sume ade bajet yg cukup untuk beli bar trus..cam aku gak dulu...starting beli dinar..bile da cukup duet, baru tmbah beli gold bar plak.

bukan ape, mata wang kertas memng x relevan pon..kite je yg tanpa sedar telal dikawal oleh anasir2 luar yg mengawal ekonomi dunia, untuk menggunakan kertas sebagai matawang..

jadi, untuk memastikan dan menyediakan diri kita sebelum tiba nya kejtuhan sistem matawang kertas ni, elok lah kita mengumpul emas dan perak...tp da kumpul nnt, jgn lpe bayar zakat plak ek!hehe..

Monday, July 4, 2011

satu hari satu ubat

satu hari satu ubat....aku harap dipermudahkan urusan dan di beri kesempatan untk meng explain berkenaan ubat kt blog ni..satu hari aku akan cuba unutk explain berkenaan ubat..dr pharmacology, indication, smpai la ke pharmacokinetic..

ubat ape, itu akan dibuat secara random...harap korang sume suke dan kite same2 mendapat manfat..

peace yo!!(da mcm ac mizal dlm ML plak..)

Friday, July 1, 2011

tramadol-induced seizure?

ape kaba sume..er, ade org bace x blog aku ni ek..hehe...so, memandangkan aku da ade kt wad skang, mungkin banyak kes2 yg menarik yg boleh dikongsi bersame..tp buat mase skang ni susah sket nk post, sebab nk setelkan log book dulu..huhu..tp ade satu kes yg best utk dikongsi bersama..

korang tau ape itu tramadol kan?pain killer, tp opioid-type..so, kesan lagi kuat drpd nsaid..kalau kt kecemasan, mane2 patient yg dpt im tramadol, kebiasaanya akan diberi iv maxolon skali..sebab common side effect untuk tramadol ni adalah vomitting..

tp camne plak kalau patient yg dpt tramadol injection develop seizure?ha..

case: pt complaint of lower back pain, went to private clinic and had im tramal 50 mg (assume). Few minutes after injection, pt develop seizure (gtc). so, suspected drug that coz seizure is tramadol.

tp, memandangkan kes ni pertama kalai dilalui oleh seorang doktor di kecemasan, agak memeningkan bagaimana tramadol boleh induce seizure..dan ade x mane2 artikel atau study yg publish kes ni?dan ape kah possible mechanism?..jom r bukak tenet..hehe..

pergh, gua dpt artikel pasal ni beb..baru lagi ni, tahun 2008 ade, tahun 2010 pon ade..ha, jom analyse pasal isu ni jom...

artikel tahun 2008 ngan 2010 x bny beza..method pon lby kurang..tp yg beza nye, artikel taun 2008 mengtakan tramdol-induced seizure is mediated by GABA receptro..meaning that, tramadol akan inhibit GABA pathway, dan akan menyebabkan seizure..kdg2, mechanism ni gak boleh aktifkan petylenetetrazole, yg juga akan menyebabkan seizure...result ni dikuatkan lagi dengan pemberian naloxone, yg merupakan antagoniz bg opiopd receptor..pemberian naloxone telah mengurangkan kecenderungan untuk mendapatkan seizure oleh tramadol..

okey, artikel kedua plak mengaitkan keadaan ni dengan histamine-1 receptor..bermakina kesan ni is mediated by histamine-1 receptor..author stdy ni found that level of histamine is increase during the seizure..so, this conition can be controlled by pretreatment of antihistamine where cetirizine, fexofenadine, ketotifen and sodium chromoglycate can be used...

author yg taun 2008 x suggest ape2 pretratment pon tp untuk mengelakkan seizure 2 berlaku, mesti la kite kene kasi GABA agonist kan..dan aku suggest gabapentin sebab ia akan bind kt gaba receptor....

so, due artikel ni telah membuktikan yg tramadol boleh menyebabkan seizure...selain bg iv maxolon, mungkin doc leh consider untuk bt antihitamine as a pretreatment 2 avoid tramadol-induced seizure..who knows rite?...sape2 nk artikle 2, sound r, aku bg nnt..latest gak la, 2008 ngan 2010..hehe..

Monday, June 6, 2011

pamidronate disodium

pamidronate disodium merupakan kumpulan biphosphonate yg digunakan untuk merawat pesakit osteoporosis..selaen itu, pamidronate juga boleh digunakan untuk pesakit yg ade keadaan hypercalcemia, di mana kandungan calcium dlm bdn terlalu tinggi..

calcium yg tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai sebab...sel kanser boleh menghasilkan bny kalsium..kekacauan pada hormon calcitonin dan pth..dan jugak bone wasting, di mana calcium secara abnormal dikeluarkan dr tulang..sume sebab2 ni akan menyebabkan kalsium dlm badan menjadi tinggi..

so, dlm kes ni, pamidronate digunakan untuk merencatkan pengeluaran kalsum dr tulang, melalui mekanisma penghalang kerja2 osteoclast..tulan ni ade bny struktur..yg paling penting osteoblast dan osteoclast..osteoblast ialah sel2 baru yg akan mengunakan calcium untuk matang..manakala osteoclast merupakan sel2 yg telah matang..dan yg x bestnye osteoclast ni gak akan memusnahkan osteoblast dan melepaskan kalsium yg tersimpan dlm tulang ke dlm darah.

pamidronate ni akan di administer sebulan sekali...dos plak ade mcm2..ikut keadaan pesakit...ade yg 30mg, ade yg 90 mg...ade satu artikel yg aku bace, untuk dose 30mg, infusion time xleh kurang dr 30 minit, manakala untuk 90 mg lak xleh kurang dr 90 minit..n nk infuse lak leh gune ns, D5 pon leh..

tp harus diingat bahawa pamidronate disodium xleh digunakan untuk patient yg ade masalah renal..sebab salah satu kesan sampingannya ialah akan bg masalah dlm urination...selaen 2, ubat ni gak leh sebabkan sakit2 pada sendi,dan masalah laen (lupe plak ape yg aku bace td..haha)..

ok la, 2 je..next aetikel kite borak pasal laen plak k..hehe..

Tuesday, May 10, 2011

jinak2 dengan emas

assalamualaikum sume..ha, entry kali ni da laen sikit dr health...jz nk cerita sikit pengalaman aku pasal emas ni...perkara yang mneyebabkan aku tetiba minat nk kumpul emas..hehe..

sumenye stat bulan november tahun lepas, yang mana member aku time skolah menengah bercerita pasal emas kt facebook..aku memule cam bese je..n terdtik plak nk try simpan emas..aku pon beli la 1 dinar dan tanpa memiliki apa2 ilmu pasal emas ni..jz nk rase pegang emas..hehe..

so, slepas beberapa bulan aku simpan emas ni, aku da xtau nk wat ape..harge pon x cek (memang x tau pon kene cek2 salu)...dan aku pon bercadang nk jua emas aku 2..cari2 pnye cari, terjumpe la satu flyers ni...ade contact num dealer emas...aku pon wat appointment la ngan brader ni..

bile aku jumpe je brader ni, die da bagi ceramah pasal emas ni....dan aku pk2 balik, better aku kumpul emas drpd simpan duet kertas kt bank..ape benefit yg dapat?kt entry laen aku cite k..hehe...

so, dlm masa sebulan je, aku da ade 4 keping 1 dinar, dan 1 goldbar 20gram..tp kt tgn skang ade sekeping 1 dinar je la..yg laen pajak kt ar rahnu..bukan ape, simpan jt ar rahnu lagi safe aku ase drpd simpan kt umah..hehe..

so, plan aku dlm mase terdekat ni aku nk jd dealer emas...nnt da jadi dealer, aku akan cite bny sket kt blog ni pasal emas ni k..bukan ape, nnt da jadi dealer, leh gune info2 pasal emas 2 untuk promote org beli emas..hehe..

Sunday, April 24, 2011

use of broad spectrum antibiotic..

Assalamualaikum sume...enty kali ni aku nk cite pasal ppengalaman aku tme kt wad..belum masuk wad lagi, skang still kat IV Admixture..tp kene la follow case kt Wad sebab kt Iv Ad ni dok buat antibiotik untuk patient..

so, ade satu patient,ni, baru 6 taun..ade demam yg tinggi...so, memandangkan kes denggi kt johor ni tinggi kot, sebab 2 doc suspek denggi..tp since x kompem lagi, doc pon agak la yg patient ni maybe ade sepsis..tp bp aku x sempat plak nk tgk time 2...hehe..

so, speceialist pon order la ceftriaxone 1g bd...bg peads, memang dos max da ni..normal 5mg/kg daily, dan leh max smpai 2 g daily..2 kalau ikut guidelines dlm frank shan la...

aku pon kol la balik doc 2..memule ingat xnk kol sebab dlm dose yg dibenarkan dan yg endorse ps plak specialist kan..tp pn ayla suro kol gak, aku pon kol la..x kol kang kurang markah plak..hehe...so, cakap ngan doc, memang specialist nk dose 2 gak...xpela, aku tggu je ari esok, tgk cmne..

keesokan ari nye aku g la wad lagi n tgk patient 2...da dpt da result lab test die...WBC normal, tp platelet memang low...secare otomatk ceftriaxone di off kan sebab kompem bukan bacteria infection..

ha, kesimpulannye di sini, aku jz nk tunjukkan betape pentingnya ade wad farmasi kat wad..yg boleh countercheck blk ape yg doc wat..bukan nk kate doc bny wat salah..tp lebih bny person involved, lebih bny perbincangan , dan lebih better outcome kan..

ha, nk bgtau lagi satu pengalaman aku..ni plak melibatkan wad kardiologi..satu patient ni br pas wat velve replacement..doc da off kan warfarin..tp ade plak sorang doc ni, mungkin die x bace bht patient kot, die leh endorse tranexamic acid plak..kalau korang nk tau, INR patient ni da tinggal 1.6 je, dan tanpe warfarin..so, kalau on gak tranexamic acid 2, ape jadik?thrombosis la..huhu...memang nasib patient 2 baik sbb frp wang yg keje time 2..farmasi wang ni wad pharmacist kt wad 2..bayangkan la kalau bukan die yg keje kt A&E time 2..sah2 bagi je tranexamic acid 2..huhu..so, pentingkan adenye ward pharmacist?....

Friday, April 15, 2011

capd peritonitis..

petang tadi time kat satelite A, ade 2 kes kalau aku x silap yg on due2 cefazolin ngan ceftazidime...due2 cephalosporin tp berlainan generation...ceftazidime dr 3rd gen dan cefazolin dr 1st gen...so, artikel kali ni lebih kepada kebolehan atau x kebolehan (ape ayat aku ni..huhu) utuk menggunakan kedua dua drugs ni...

memandangkan aku mempunyai sifat ingin tahu y tinggi, aku pon kol la staff nurse 2 ntuk mendapatkan dianosis untu kedua dua patient 2 td...so, mcm ape yg ade kt tajuk 2 la, capd peritonitis...infection ni terjadi kt patient yg tgh wat capd, yang mana berlakunya jangkitan kuman..

so, belek punye belek, dpt la beberapa artikel yg menceritakan berkenaan capad peritonitis ni..ape punce, jenis microb dan jenis2 antibiotik yg digunekan...infection ni merupakan satu komplikasi yg biase dihadapi oleh pengguna capd..eh,korang tau kan capd ni ape?ha..ala, dialysis melalui stomach..kan ade due jenis dialysis..hemodialysis ngan peritoneal dialysis..ni yg peritoneal dialysis la..hehe..

ok2, berbalik kepada isu asal..microb yg terlibat dlm jangkitan ni pon leh jd bny jenis...leh jd gram positive (berpunca sr kulit), gram positive )berpunca dr microb yg ade dlm perut), dan jugak yg anaerobe..treatment pon kene la dpt membunuh microb2 di atas 2 kan..ha..

starting treatment ialah secara empirical..sebab bile doc syak je ade peritonitis, trus start treatment..tp since x tau microb jenis ape, kene stat la dengan antibiotik yg kite pikir boleh cover microb2 yg berkemungkinan menyebabkan jangkitan ni...aku sebenarnye nk cari ade ke x gandingan cefazolin ngan ceftazidime untuk rawatan peritonitis ni...

ade 3 artikel gak yg aku jumpe, ketiga tiga artikel ni mencadangkan penggunaan VANCOMYCIN, AMINOGLYCOSIDES, ngan CEFAZOLIN untuk initial therapy...memang xde gandingan cefqazolin-ceftazidime...aku tgk plak kat therapy selepas dpt tau jenis microb...ade yg suggest combine cephalosporin ngan aminogycosides..ade gak yg elakkan penggunaan aminoglycoside ni sebab ade nephrotoxicity ngan ototoxicity kan...dan untuk enterococcus, ade yg mencadangkan ampicillin..sebab katenye ampicillin ni lagi banyak coverage terhadap enterococcus berbanding cephalosporin group...

so, stakat ni memang aku x jumpe la gandingan 2...yup, aku akui yg ceftazidime leh cover gram negative dan sefazolin control gram positive..tp bile gune due2 cephalosporin, kan kite menggandakan side effects dr cephalosporin 2 sendiri kan..tp xpelah, leh sambung cr..mane tau jumpe...korang pon carik jugak la tau..da jumpe bgtau r aku..n kalau aku jumpe aku post kt fb..hehe..

Wednesday, April 13, 2011

apple....

sehari sebiji epal, menyimpan dokitor jauh2...er, btol ke translation ni?haha..maen henjut je la...so, ape signifikannye peribahasa omputih ni?btol ke dengan memakan epal, kit leh jd sehat?kalau dulu, maybe org akan kate ianya sekadar kata2..tp ade satu kajian yg boleh membuktikan faedah memakan epal ke atas kesihatan kita..

satu kajian yg dijalankan di florida state universitiy, dan diketuai oleh bahram arjmandi, telah membentangkan hasil kajian yg menunjukkan pengambilan epal boleh membantu seseorang untuk mendapatkan kesihatan kardiovaskular..

kajian yg dijalankan membuktikan seseorang wanita yg mengambil epal setiap hari selama setahun boleh menurunkan paras LDL sebanyak 14 peratus dan meningkatkan paras HDL sebanyak 4 peratus..

kajian yang melibatkan 160 org subjek ni melibatkan 2 kumpulan..satu kumpulan mendpat buah prune, dan satu lagi mendapat 75 gram buah epal kering setiap hari selama setahun..hasil kajian menunjukkan pengambilan epal kering dpt mengurangkan total kolesterol sebanyak 14peratus, LDL sebanyak 24 peratus...dan jugak dpr mengurangkan c-reactive protein dan hydroperoxide level...

dietitician, jessica shapiro mengatakan kesan baik epal dikatakan berpunca drpd kandungan fibernya..yang juga membantu untuk memberikan rasa kenyang, dan menyebabkan kebanyakan subjek turun berat badan sebanyak 3.3 pound secara average la..jessica jugak berpendapat yang pulp epal yg berbentuk seperti gel dpt memerangkap kolesterol di dlm badan...

secara keseluruhan, fiber dilihat sebagai satu bahan di dalam epal yg memberikan bny faedah kepada manusia, terutama dalam mengurangkan kandungan kolesterol..tetapi, adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil fiber dlm amount yg banyak sekaligus kerana ini akan menyebabkan berlakunya bloating...jessica mencadangkan hidangan fiber sebanyak 25 hingga 30 gram sehari, dan ditambah 5 gram setiap minggu..

sumber: www.drugs.com

Thursday, March 10, 2011

metformin boleh cegah kanser payudara?

kanser merupakan sejenis penyakit yg boleh mendatangkan maut...even treatment untuk kanser pon mempunyai kesan sampingan yg teruk dan amat ditakti oleh pesakit2 kanser...berada dalam kalangan penyakit yang amat berbahaya membuatkan banyak kajian dibuat untuk mencari penawar yg betul2 berkesan untuk menyembuhakn penyakit ini...sifat kanser amat senang...sel2 badan membahagi tanpa kawalan, dan menghasillan sekumpulan sel2 yang tidak mempunyai fungsi...dan kesan buruknya, bleh menghilangkan sifat2 asal sel tersebut, dan juga membunuh sel2 normal yg lain..

kanser payudara merupakan sejenis kanser yang agak pemes dikalangan wanita...dan punca kanser ni berlaku banyak dikaitkan dengan hormon...bercakap tentang kemoterapi, pelbagai regime telah dihasilkan drpd kajian yg terperinci untuk merawat kanser payudara..ade FAC (Fluorouracil, doxorubicin, cyclophosphamide), FEC (fluorouracil, epirubicin, cyclophosphamide), CMF (cyclophosphamide, methotrexate, fluorouracil)...tp rawatan yg betul2 dpt menyembuhkan penyakit ini masih belum ditemui...tp bak kata org2 tua, mencegah lagi baik dr mengubati..langkah pencegahan amat penting untuk memastikan penyakit ni dapat dirawat dr peringkat awal..

cakap pasal pencegahan, beberapa kajian yg mengaitkan metformin dengan kanser payudara telah memberi keutusan yg amat memenranjatkan...due study yg tlah dijalankan sebelum ni menemui yg pesakit yg mengambil metformin untuk diabetes diorang, mempunyai lebih kurang chances untuk mendapat kanser, dan ini boleh dikaitkan dengan kanser payudara (breast carcinoma)...idea ini diperoleh selepas beberapa kajian sebelum itu mendapati progress untuk breast cancer lg cepat di kalangan diabetic patient, yg mempunyai kandungan insulin yg tinggi dalam badan...satu kajian mendapati diabetic patient mempunyai 13 hingga 25% chances untuk mendapat kanser payudara..so, berdasarkan kaitan ini lah, keberkesanan metformin untuk mencegah kanser payudara ingin dikaji..

apekah mekanisma yg memboleh kan metformin di jangka dpt mencegah kanser payudara?..sebelum ni aku ade bgtau berkaitan antara insulin dengan kanser payudara kan..so, since metformin boleh tingkatkan sensitiviti insulin, kandungan isulin dpt dikurangkan..dan dpt merendahkan chances seseorang untuk mendapat kanser payudara..secaradetail nye, metformin, yg juga merupakan biguanide derivative merupakan activator untuk sejenis enzim, AMP-kinase..dan proses ni memerlukan sejenis lagi bahan iaitu LKB-1..maknenye, kalau xde LKB-1, proses pengaktifan AMPK tidak akan berlaku..dan yg plg menarik ialah LKB-1 merupakan sejenis gene yg akan supress tumor...wat a suprise!!huhu...

x banyak lg kajian berkenaan keberkesanan metformin dalam pencegahan kanser payudara ni...tp dengan gabungan dua mekanisma: mengurangkan level insulin, dan peningkatan tumor supressor gene, LKB-1 oleh metformin merupakan satu sinar harapan untuk wanita2 di dunia...so, metformin yang selama ini dianggap sebagai ubat antidiabetic yg paling cikai telah menunjukkan belangnye..hehe..

Wednesday, March 9, 2011

go harimau malaya!!!

malam ni kt astro arena, kul sploh setengah akan ada perlawanan antara malaysia dan pakistan..ni yg 2nd round pnye...1st round time kt shah alam malaysia menang 2-0...so, aku harap malam ni akan menang lagi banyak dan leh pegi 2nd round...

so, go malaysia go!!!!

Tuesday, March 8, 2011

brief pasal CDR

assalamualaikum sume...aku tau ramai gak yg da g CDR kt HSI...so, mende ni pon sesaje aku wat...ye la, nk kongsi pengalaman ngan kengkawan yg belum lg attach kat CDR...lgpon, mane la tau leh bantu sedikit sebanyak sebelum koran2 sume g sane kan...hehe..so, aku xplain sikit ape yg patut dibuat dr pagi smpai la blk, dikala senja tiba, dan burun2 berkicauan terbang pulang....ah, ape aku ngarut ni...

1. smpai2 je terus kene masukkan chemo yg da siap ke dalam kotak, mengikut wad...ubat2 ni da dibuat hari sebelum tu...so, ade 3 kotak..satu untuk day care, satu untu ward 6D dan 6C (adult), dan satu lagi untuk paeds...tp salunye kurang preparation untuk paeds ni...

2. g autoclave bahan2..sape2 yg da masuk IV ad atau TPN da bese da keje2 ni...hehe..

3. pas2 kene wat label untu preparation hari 2 la...sebab ade ubat yg kene wat hari2, atau pon selang beberapa hari..so, worksheet 2 da siap sedia terkira..cume wat label je la..pas wat label, suruh frp countercheck..ade 3 orag frp untuk cdr..cik faizyatul, puan syazana, ngan mr wee...

4. g amek bahan2...kene refer kt worksheet 2 la bape banyak yg nk kene masukkan...n kotak ubat 2 kene buang siap2..pas2 jgn lpe amek baki2 ubat semalam yg x abes dr dalam fridge..

5. da siap amek, kene swab baha2 td satu persatu..kalau time tpn, maen sembur je dlm pass box 2 kan..ha, kali ni jgn..kee swab satu2...wat mase ni, untuk menyelamatkan stok luer lock syringe, untuk mesna kene gune luer slip syringe...so,kalau ade mesna, kene masukkan luer slip syringe la..

6. pas2 bahan2 laen kene topup gak..cam syringe2, needle ke..ape2 la..da setel sume, masukkan ktdalam pass box..beserta ngan worksheet..

7. so, bermula la sesi pengiraan...frp akan bg worksheet yg belom kira...so, berdasarkan rujukan yg terdapat kt situ, kene siapkan worksheet 2 td...pas countercheck, kene wat label dan ulang blk la keje2 pg td..

8. kene aware la sebab bile preparation da siap, kene la letakkan dlm fridge, dan rekod ubat2 yg diprepare 2 dlm satu buku..

9. dalam kul seploh lby cm2, frp akan bg satu list patient kt day care..so, korang kene g klinik dulu untuk amek ubat untuk home medication...da amek ubat, g la tingkat 5 dan kaunseling patient2 kt day care...untuk patient yg da bny cycle, senang sikit keje la..tp patient yg br 1st atau 2d cycle, kene la explain lby sket..

10. pas siap kt day care, kene g satelit kt tingkat 6 untuk amek ubat chemo untuk bg kt petient kt wad 6D dan 6C..dlm mase 2 hari ni aku pegi nurse 2 da amek da..so, senang sket keje la.huhu...

11. sesi petang x banyak beze..cume ade msket mase terluang...so, mase yg terluang 2 leh clerk case la..untuk requirement...6 dr ward dan 4 dr day care..cyah nk jalan2 pon, melangut je la depan komputer 2, tgk info..huhu...

so, cm2 la sedikit sebanyak kehidupan seharian kt cdr...kalau kene masuk clean room, memang satu hari la dlm clean room..er, x sgt la..sebab masuk pon lewat..sesi pagi, kul sploh lby or sblas br masuk, kua kul satu...sesi ptg plak kul 3 lby br nk masuk, smpai kul 5 lby..tp depends la..n ptg td memang bny gile kene wat..sian kt mr wee ngan kak nomey (betol ke aku eja ni..huhu)...so, pape hal, gudlak kt sume prp HSA yg akan ke cdr pasni...er, aku pon br 2 ari je attach..huhu..

Thursday, February 24, 2011

dispensing zyprexa?dont forget to tell this

sape2 yg da dispen kt opd, mesti penah jumpe ngan patient yg ambil olanzapine kan...kompem pnye la..lg2 kalau dispen kt kaunter 6..hehe...so, olanzapine, atau pon name trade nye zyprexa adalah atypical psychotic drug, yg digunakan oleh pesakit psychiatric dalam treatment diorang..jd, semasa mendispen, jgn bgtau bile dan bagaimana nk ambil ubat je..ade lagi beberapa point penting yg perlu diberitahu kepada pesakit...baru la dinamakan AHLI FARMASI..hehe...so, here r some points:

1. olanzapine boleh menyebabkan hypoglycemia..so, penting untk patient tahu, esp diabetic patient..suggest kt patient untuk cek kandungan gula dalam darah regularly..

2. olanzapine leh sebabkan weight gain..suro pt cek level kolesterol regularly, dan kene control cara pemakanan la kan..

3. olanzapine akan menyebabkan patient dehydrate..suro patient minum air masak lebih sket..jgn suro minum coca cola lak..

4. drug ni gak boleh menyebabkan orthistatic hypotension...so, penting untuk patient tahu untuk elakkan bangun cpt2 dr tempat duduk..kang leh pengsan plak..

5. mane2 patient yg merokok, mintak patient untuk berhenti merokok sebab merokok boleh meningkatkan level olanzapine dalam darah...

6. olanzapine ade due jenis, zyprexa dan zydis...so, untuk patient yg ambil zydis, suro patient letak dalam mulut smpai la abes ubat 2 disperse..jgn terus telan lak..

point kt atas 2 arahan2 simple dan ringkas bile dispense olanzapine..bny lagi side effect yg patient perlu tahu akibat mengambil olanzapine..tp xperlu la nk bgtau sume..kang waiting time tinggi plak..hehe..

Wednesday, February 23, 2011

desloratadine vs loratadine



histamine meripakan sejenis bahan kimia yg boleh menyebabkan berlakunya inflammation..dan apabila inflammation berlaku, terjadi la rasa gatal2, atau mende yg bese terjadi adalah selsema...so, antihistamine boleh diambil untuk menghalang receptor untuk histamine...antihistamine ni plakterbahagi kpada beberapa jenis..ade yg leh mnyebabkan drowsiness (sebab leh penetrate ke dalam CNS) dan jugak yg x drowsiness, di mana drug 2 td x masuk ke dalam CNS...

ha, 2 la sedikit mukadimah untuk entry kali ni..sebnanye aku nk fokus kan kepada loratadine, salah satu ahli kumpulan dlm antihistamine yg x drowsiness..dan jugak saudara beliau, iaitu desloratadine...ape yg menjadi persoalan ialah, mengapa para saintis menghasilkan desloratadine?ape kah kelemahan loratadine yg menyebabkan desloratadine dihasilkan?cyes aku pon x tau..so, same2 la kite cari maklumat dan berbincang dlm blog ni..hehe..

perara pertama yg aku target ialah struktur kimia untuk kedua dua drug...kalau nk dibandingkan, loratadine dan desloratadine mempunyai struktur kimia yg hampir sama..yg berbeda (ceh, indon plak), hanya lah kat group "NH" untuk desloratadine, dan "-C(O)-O-CH2-CH3" untuk loratadine...kalau kite bandingkan, loratadine mempunyai group esther dan desloratadine ade group H sahaje, yg attach kt Nitrogen..jd, chain group untuk loratadine lebih panjang berbanding dengan desloratadine..

ape yg kite dpt analisa drpd perbesaan struktur kimia ni?aku dpt fikirkan 2 point..

1. desloratadine merupakan active metabolite bg loratadine..so, bile amek desloratadine, onset 2 lg cepat sebab xperlulan activation from liver memandangkan desloratadine tu adalah actove metabolite..

2. desloratadine mempunyai kurang chain group berbanding loratadine...so, desloratadine lebih ionic kalau nk dibandingkan dengan loratadine...more ionic, less penetration accross Blood brain barrier, so kurang la drowsiness..

tp ade satu study yg dijalankan pada 2003 menunjukkan tiada clinical evidence yg menunjukkan desloratadine adalah lebih bagus drpd loratadine..kalau korang nk tau, desloratadine dihasilkan sebab patent untuk loratadine da abes...2 je...company nk profit tinggi, diorang promote la desloratadine ni..huhu...

ps: struktur loratadine jugak hampir sama dengan tricyclic antidepressant, seperti imipramine..hurm..

Monday, February 21, 2011

lovastatin

"makcik, yg ni untuk turun kan kolesterol..makcik makan satu biji waktu malam"...dan makcik itu berlalu meninggalkan kaunter....agak2 dengan arahan yg seringkas itu, demi mengejar waiting time yg rendah, dptkah seorang ahli farmasi menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli farmasi yg berdedikasi?dptkah nyawa makcik itu diselamatkan drpd sebarang kesan sampingan yg boleh terhasil drpd pengambilan lovastatin?...

persoalan ni aku tujukan kepada diri aku sendiri...yup, da berminggu minggu aku dispens, itu je la ayat yg akan keluar time mendispens...tp aku terfikir, berbaloi kah berpenat lelah belajar selama 4 tahun semata mata untuk megeluarkan ayat sependek itu?..huhu..

arahan yg ringkas seperti di atas, sekali lagi, demi untuk mengejar waiting time memang x cukup unutk aku menjadi seorang pegawai farmasi yg cemerlang..sebab bnyak lagi isu2 berkenaan lovastatin yg perlu diketahui oleh seorang pesakit...

1. LOastatin boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang..

2. Common side effect selain drpd liver damage ialah muscle weakness/muscle pain..dan kalau x dikawal akan menyebabkan pesakit mendapat rhabdomyolysis...

3. Lovastatin xleh digunakan oleh wanita mengandung kerana boleh mengganggu tumbesaran fetus..

4. pesakit yg menyusukan anak jugak x digalakkan untuk mengambil lovastatin..

5. drug interaction yg selalunya farmasi dan doc akan terlepas pandang..dan drug interaction ni boleh menyebabkan patient mendapat toxic effect drpd peggunaan ubat2 ni bersama lovastatin...contohnye mcm protease inhibiotr (yg ni mungkin x la sebab RVD patient akn diberi pravastatin untuk hyperlipidemia), GEMFIBROZIL, WARFARIN, ERYTHROMYCIN, DILTIAZEM, CARBAMAZEPINE, AMIODARONE, VERAPAMIL..2 antara ubat2 yg commonly prescribed kt OPD la..so, kalau ade yg doc terprescribed same2 ngan lovastatin, kene aware la kan..

tp ptg td ade sorang patient ni kate, bile die amek lovastatin waktu malam, die akan terase nk kencing, dan air kencing die cam ade putih2 cm2....dan aku pon try la cari side effect lovastatin ni...takot2 ade kaitan ngan kejadian yg menimpa mamat 2...xla ckp lovastatin yg menjadi punca, tp highly suspected la sebab mende 2 jadi time malam je..n die ade ambil amlodipine time pagi..pape hal cek gune naranjo scale la..hehe..

so, sekadar untuk muhasabah diri sendiri supaya mementingkan keselamatan patient drpd waiting time..hehe..tp, kalau sape2 yg bace blog aku ni n ade pendapat knape lovastatin leh sebabkan patient 2 ade maslaah kerap buang air kecil, leh r share2 ngan aku..sebab ape yg aku terfikir, since leh ade muscle weakness, menebabkan bladder contraction susah dikawal..ade kaitan x ek...xpela, sape2 ade biah fikiran, letak je kt fb aku..hehe..

Thursday, February 17, 2011

Felodipine

felodipine merupakan salah satu calcium channel blocker yg digunakan untuk merawat pesakit yg mempunyai tekanan darah tinggi...ia tergolong dlm kumpulan dihydropyridine, same spesies la ngan nifedipine, amlodipine, nicardipine...sume adek beraedk je..

ape yg menarik nye pasal felodipine ni, smpai ia menjadi ilham aku menulis mlm ni..ha, sume sebab kejadian time kt opd td la...aku label la yg felodipine ni kene amek sekepas meal..pas2 ade la satu suare yg kate felodipine ni kene amek sebelum meal..so, wat la rujukansikit untuk mempastikannye...

pas bace ape yg ade kt tenet, memang btol..felodipine memang kene amek time perut kosong sebab makanan yg ade dlm perut leh mengurangkan kadar penyerapan felodipine..tp kalau sakit perut kalau ambil time perut kosong, leh la ambil sekali ngan makanan yg ringan2..cam sandwich ke, kueh ke..jgn korang amek felodipine pas makan nasik beriyani kambing plak..naye je la nnt..tp camne leh kurangkan penyerapan, ha itu yg aku x pasti..leh disebabkan oleh struktur kimia drug itu sendiri, yg ionic, kompem x masuk ngan food yg non ionic..xpon keadaan ubat yg hanya diserap dalam keadaan kurang berasid..pape pon, kadar penyerapan memang kaan berkurang kalau diambil bersama makanan..tp kalau ambil selepas makan, tp 1 jam selepas makan, consider perut da kosong la time 2 kan..kan..hehe..

selaen dpt info pasal time untuk ambil felodipine, x salah untuk kite amek serba sedikit info yg berguna pasal felodipine ni...ha, kalau korang nk tau, felodipineni available dlm form extended re;ease..maknenye kadar pelepasan drug 2 terkawal..so, jgn la memandai suro patient kerat2 tablet 2..sebab bile da crushed, takot pelepasan drug akan menjadi terlalu cepat dan toxicity boleh berlaku...

mengikut pengalamn aku selama 8 minggu kt opd, ade doc yg prescribe felodipine sekali ngan metoprolol, carvedilol, dan laen2 beta blocker..tp masalhnye skang, penggunaan beta blocker boleh menganggu effikasi felodipine...2 la pasal..jgn sesedap je prescribe..huhu...lg plak, untuk mane2 perempuan mengandung, kalian semua kene tahu yg RF untk felodipine ni ialah C...C tu bermaksud ia nya telah dibuktikan mengancam pertumbuhan fetus dalam kalangan binatangm tetapi keselamatannya ke atas manusia tidak diketahui...so, sape2 yg pregnant 2 gune agent laen je la k..

so, rasenye 2 je la kot untuk kali ni..akhir kate, majulah felodipine untuk negare...er..

Monday, February 14, 2011

salam maulidul Rasul..

tanggal 12 Rabiul awal, tarikh yang begitu bermakna buat semua umat di dunia ini...detik di mana lahirnya seorang nabi akhir zaman yang akan membawa rahmat ke seluruh alam..lahirnya seoran insan yang amat istimewa, di mana kelahirannya telah pon di ketahui oleh Nabi Isa, sebelum baginda ada dalam kandungan lagi...begitulah kuasa ALLAH..

Lahirnya Nabi Muhammad SAW ke dunia telah mengubah gaya hidup masyarakat arab yang pada ketika itu hidup dalam keadaan yang jahil..mereka lupa akan ALLAH, yang memberikan rezeki melimpah ruah kepada mereka..maksiat berleluasa, penyembahan berhala, dan pelbagai kerosakan yang dibuat..namun, lahirnya seorang Nabi telah berjaya mengubah semua itu...

kini, setiap tahun umat Islam akan sentiasa memperingati detik keramat hari keputeraan baginda..dan tahun ini, seruan untuk menggalakkan masyarakat untuk menikuti sunnah Rasulullah telah dicanangkan sebagai tanda kasihkan Nabi..sebagai cara untuk memperbaiki diri dengan mengimplimentasi cara kehidupan Rasulullah SAW ke dalam diri kita...

tidak perlu melakukan perubahan secara drastik...buat secara berperingkat dan apa yang penting, perubahan yg ingin dibuat itu mestilah secara istiqamah dan konsisten..selamat menyambut maulud Nabi dari saya, dan semoga dengan mengikuti sunnah2 Rasulullah SAW, hidup kita akan lebih diberkati dan insyaallah akan dapat secebis syafaat dr Rasulullah SAW di akhirat kelak..insyaallah...

Sunday, February 13, 2011

Timur tengah bersalin kulit?

Dah macam satu mende yg terancang plak aku tgk kt timur tengah skang..negara2 Arab skang tengah bersalin kulit...satu persatu negara arab mengalami proses yang dikatakatan sebagai "kebangkitan rakyat", untuk menukar pemerintah yg sedia ada..bermacam alasan digunakan, kejam lah, diktator lah, kuku besi lah, dan macam2 lagi alasan yg dimanipulasi oleh sesetenga golngan untuk membangkitkan semangat berkobar kobar untuk berdemonstrasi..

dimulakan dengan negara tunisia, di mana presidennya telah berjaya digulingkan, diikuti pulak oleh Mesir yang meyaksikan Hosni mubarak akur dengan kehendak rakyat untuk meletakkan jawatan...dan yang terbaru, negara seperti lageria dan Yemen telah pon menampak bibit2 permulaan berlakunya demonstrasi..tujuan nya sama, untuk menggulingkan kerajaan yg sedia ada...

Berjangkitnya perkara ini adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah mereka..dan media pula mencantikkan lagi situasi dengan mengaitkan moral rakyat bertambah selepas menyaksikan ada negara yg berjaya menggulingkan pemerintah mereka melalui cara demonstrasi...tp bg aku, ini semua merupaan sesuatu yg telah dirancang rapi..oleh siapa, itu aku xdpt bgtau..pelbagai pendapat boleh diberi,, tetapi bg aku, rakyat2 di negara timur tengah telah dijadikan puppet , tanpa mereka sedari, dalam percaturan sesetengah pihak...

kenapa aku berpendapat sedemikian?..senang je..negara timur tengah terkenal dengan hubungan rapat mereka dengan US a.k.a yahudi...kalau tgk balik sejarah penubuhan negara2 ni pon, ia nya bermula setelah kerajaan uthmaniyah digulingkan...dan dr tanah jajahan ini lah dibangunkan negara2 timur tengah, yg pastinya wajib mengikut telunjuk yahudi...dan proses yg berlaku sekarang ialah proses untk menukar org lama kepada org yg baru...tp kaedah yg digunakan pastinya dirancang lebih awal untuk mengaburi mata umat Islam...

kebangkitan rakyat, inginkan demokrasi...berilah sejuta alasan sekali pon..yg pastinya, pemimpin yg akan dilantik selepas ini tiada agenda laen, selaen terus menjadi pak turut kepada yahudi...kalau kite tgk kt media, rakyat bertempur dengan polis, yg sama agama, sama tuhan yg disembah..siap ada yg terkorban...dan yg bertepuk sorak sudah pastinya yahudi yg geli hati melihat kebebalan rakyat2 timur tengah..ada mereka kisah nyawa yg terkorban?sudah pasti tidak...apa lah sgt nilai nyawa umat islam yg terkorban...tiada nilai langsung bg mereka...

kepada rakyat mesir, bergembira lah kamu sementara kamu masih mempunyai masa untuk bergembira...kerana tinggi kemungkinan kamu akan mnederita seperti rakyat iraq...aku tidak mendoakan sebegitu..tp, itulah kemungkinan yg aku dpt fikirkan buat masa ini..harap2 aku tersilap, dan kamu semua dpt hidup dengan aman..apa pon, kite lihat siapa pemimpin yg dilantik, dan bagaimana corak pemerintahan yg akan dijalankan..jgn smpai anak cucu kamu akan berdemonstrasi sekali lagi 30 tahun akan dtg untuk proses bersalin kulit sekali lagi!

Wednesday, February 9, 2011

calcium

sepanjang 7 minggu aku kat OPD, ade due jenis calcim yg selalu diprescribed oleh doc...calcium lactate ngan calcium carbonate...tp calcium lactate hanya di prescribed doc ortho dan calcium carbonate akan diprescribed oleh doc nephro...

nape mesti cam2?..ha,perbezaan jenis calcium ni boleh menjadi satu tajuk untuk kite same2 bincang dan study la ape yg patut..hehe..so, sume mende ni mesti ade sebab dan perkaitan yg membuatkan calcium lactate dan calcium carbonate digunakan untuk tujuan yg berlainan...

1st kite bincang pasal calcium lactate...calcium lactate banyak digunakan oleh pesakit yg ade masalah tulang..sebab ranai yg tahu calcium ni berfungsi untuk kesihatan tulang..bukan tulang je, ade bny fungsi lagi, to yg pemes skali berkaitan ngan tulang la..kalau tanye pakcik kt kedai kopi pon kompem die akan jawab yg calcium ni untuk tulang..x caye?g la tanye..hehe..

tulang merupakan tempat di mana calcium di simpan..kire gudang terbesar la..bile badan kite kekurangan calcium akibat korang2 yg malas nk makan sayur, hehe...badan kite akan menggunakan calcium drpd tulang..dan hasilnye, tulang kite kekurangan calcium dan akan bermasalah..ha, time ni la calcium lactate akan digunakan untuk membantu menaikkan kandungan calcium dalam badan kite..persoalan seterusnya, kenapa dalam bentuk "lactate", dan bukan "carbonate"?

untuk menjawab persoalan 2, kite kene tgk asal usul terjadinye calcium lactate, dan apekah sifat2 nye..hehe...calcium lactate ni terjadi apabila ada nya tindak balas antara calcium carbonate dan jg lactic acid..maka terjadi lah calcium lactate...dan apa sifat2 calcium lactate ni sehinggakan beliau tidak digunakan oleh doc nephro?...

jadik, cari punye cari, akhirnye aku temui jawapannye..hehe..mungkin ade yg da tau mende ni, tp bg aku, aku nk sumthin yg detail yg leh puaskan hati aku ni..hehe..so, nape doc ortho gune calcium lactate dan doc nephro gune calcium carbonate?sebabnye doc ortho ingin selesaikan masalah tulang, dan xde kene mengene ngan mende laen..manakala doc nephro nak setelkan maslaah berkenaan PHOSPHATE sebab patient yg ade masalah renal akan hadapi keadaan di mana phosphate level dlm badan tinggi dan calcium carbonate boleh digunakan sebagai PHOSPHATE BINDER, berbanding calcium lactate..ni sume berdasarkan struktur kimia itu sendiri..calcium carbonate ade satu C dan 3 O..dan lactate plak ade OH group yg leh worsen kan acidosis yg dialami oleh renal patient...(ini hanya pendapat aku hasil perbincangan dengan housemate..hehe..)..phosphate akan bertindak balas ngan calcium, dan jadi calcium phosphate yg akan dibuang melalui najis..

so, agak terjawab persoalan kt atas...hehe...ha, dan ape yg ditakuti kalau phosphate level tinggi?..nk detail, tunggu kalau aku ade mood nnt..hehe..tp serba sedikityg aku tau, hyperphostenia leh increase protein degradation..yg lain, next artikel..hehe..

Tuesday, February 8, 2011

ubat seseme..

kalau korang seseme, korang kene la amek ubat seseme...ade yg amek antihistamine..dan ade yg amek decongestant...ape decongestant 2?..decongestant ni adalah sejenis ubat yg berfungsi untuk mengecutkan salur darah, esp kt area lubang idong la..tindakan ni akan menyebabkan korang lagi senang nk bernafas...

kalau kite tgk kt sekeliling, ubat2 sesema ni memang senang didapati kt mane2 kedai farmasi..even kedai runcit pon ade yg jual...nmpk cam remeh je kan..ala, org leh cakap "ubat untuk seseme je pon"..ramai yg anggap ubat ni x bahaye..kalau yg gune 2 sihat cam aku xpe gak..hehe...tp tahukah korang ade sesetengah individu yg kene berhati hati time amek ubat ni...ha, golongan2 ni la yg aku maksudkan:

1: masalah jantung atau darah tinggi

2: glaucoma (pressure tinggi dlm mata)

3: ade masalah dengan thyroid

4: kencing manis

5: ade masalah dengan prostate

so, bukan sume org leh amek ubat ni dengan sewenang wenang nye...kalau maen hentam je, silap2 leh bawak maut...so, mesti korang terpikir camne ubat seseme leh mengancam nyawa golongan2 di atas?..jom la kite stdy sesame..hehe..tp sebelum 2, common decongestant yg ade kt market ialah pseudoephedrine ngan phenylephrine..tp yg lagi pemes pseudoephedrine la sebab ade dlm actifed ngan clarinase..

bile aku tgk je mende ni, mende memule yg aku pikir adalah mekanisma..mungkin ade yg start dengan side effect..tp bg aku, mekanisma has to go 1st...ape mekanisma decongestant ni?..cam ape yg aku tulis kt atas, decongestant ni akan mengecutkan salur darah...so, cam ade kaitan ngan golongan yg ade sakit jantung dan darah tinggi 2...kalau glaucoma plak, pengecutan salur darah 2 akan tmbah lagi fluid accumulation kt dalam mata...tp camne plak nak kaitkan pengecutan salur darah 2 ngan diabetes, prostate dan juga masalah thyroid?

xpe2, jgn panik..jom bukak drug info dulu..hehe..ha, bile da bukak drug info, leh kaitkan prostate n betulkan blk pasal glaucoma 2...decongestant adalah alpha/beta agonist...n agent ni leh tingkatkan penghasilan aqueous humor dlm mata dan leh worsen kan glaucoma..n kalau masalah prostate plak, aku refer kt BPH la k..n BPH ni di rawat menggunakan alpha blocker, seperti xatral, harnal, dan hytrin, untuk elakkan urine obstruction..so, kalau pakai decongestant, yg juga adalah alpha agonist, kompem2 la sgt2 ingin dielakkan..hehe..

da 2, ape plak perkaitan dengan kencing manis dan jugak masalah thyroid?..kalau thyroid mungkin reason same cam cardiovascular 2 td..ye la, kalau hyperthyroid, bdn aktif semacam je kan..tmbah plak ngan alpha agonist, lg la laju je jantung 2 berdegup kan..hehe...ha, pasal kencing manis ni agak memeningkan...kene kaitkan mekanisma insulin, br leh nmpak hubungan die...gerak kerja insulin ni secara semlajadi nya berlawanan dengan mane2 sympathetic nervous system..so, since alpha agonist=sympathetic nervous system, penggunaan decongestant oleh patient yg ade kencing manis leh oppose tindakan insulin dan worsen diabetic condition..

ha, 2 la sedikit sebanyak stdy mlm ni yg disertakan dengan beberapa pendapat aku..hehe...so, pendapat korang lak?

Monday, February 7, 2011

eh2, aku ade blog rupenye..

assalamualaikum sume..

fuh, pesal la da lame aku x tulis dlm blog ni..huhu...since keje ni memang asek bz je..blk je keje kompem penat...hehe...bile da lame menulis dlm blog ni, aku nye focus da terganggu...aku pon x pasti ape yg menjadi main topic dalam blog ni...

cyes aku minat politik..mungkin sebab parents aku pon bergiat cergas dlm politik..tp kalau aku terlalu focus kt politik, ade due kelemahan..1st, aku ni x sepatutnya involve dlm politik..pasal ape, korang sume tau la kan..2nd lak, ade ke member2 aku yg nk bace hal2 politik ni..cam aku je yg berminat..hehe..

xpela, bia la blog ni jd rojak..dan penulisan aku berlandaskan mood aku time 2..kalau mood politik, cite politik..mood sukan cite sukan..mood makanan, cite pasal makanan..bile da rojak, mungkin ag best kot..campur2, perpaduan, 1 Malaysia..haha..

tp kan, ade ke org nk bace blog aku?huhu..