Friday, February 12, 2010
kisah hidup
Wednesday, December 16, 2009
malam deparaya
Tuesday, September 29, 2009
PERJALANAN PHARMATRADE
Pharmatrade merupakan jualan pelajar-pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen bertarikh 12 hingga 16 Ogos 2009. Pengarah projek ini adalah Saudara Ammar Kamar, wakil pelajar daripada tahun dua. Antara produk-produk yang dijual sepanjang tempoh tersebut adalah produk-produk daripada Nature Care Pharmacy, One Drop Perfume, Nutrimetics, Kel’s Products, Caremart, dan Major Interest Sdn Bhd. Turut memeriahkan suasana adalah syarikat farmaseutikal, CCM yang turut menyertai jualan sepanjang minggu konvokesyen tersebut.
Untuk pembahagian tugas, para pelajar diberi dua slot untuk bertugas di gerai Pharmatrade untuk mempromosikan produk yang dijual kepada para pengujung tapak konvo. Setiap hari, lima slot diperuntukkan iaitu daripada 8 pagi hingga 6 petang di mana setiap slot diwakili oleh lima orang pelajar. Satu slot berlangsung selama dua jam. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar lelaki daripada tahun dua diberi tugas untuk menjaga gerai daripada diceroboh dan mengelakkan kecurian. Setiap pelajar yang bertugas di gerai diberi tugas berlainan iaitu sebagai promoter (mempromosikan gerai pharmatrade di sekitar kawasan konvokesyen), penjaga kaunter pembayaran dan juga jurujual yang melayan pelanggan. Bendahari dan pelajar-pelajar daripada bahagian pemasaran perlu hadir pada setiap slot dan diketuai oleh Teng Sook Yee. Sebelum bertugas, para pelajar dilatih terlebih dahulu tentang cara-cara mempromosikan produk-produk yang dipamerkan.
Perasmian Gerai Pharmatrade ini berlangsung pada hari pertama beroperasi iaitu pada 12 Ogos 2009. Perasmian ini dilakukan oleh PM (Dr.) Mohd Izham Mohd Ibrahim Turut memeriahkan suasana adalah pensyarah-pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi yang turut turun padang iaitu Dr Nurzalina, Dr Azmi Hassali dan pensyarah-pensyarah yang lain. Selepas perasmian, Dr Izham dan semua pensyarah diiringi oleh pengarah projek Pharmatrade, Saudara Ammar dan pengarah projek Pharmex, Saudari Muslihah Rafli untuk melawat tapak jualan dan pameran bagi kedua-dua projek.
Sepanjang pembukaan gerai, jualan agak memberangsangkan semenjak hari pertama gerai dibuka lagi. Setiap hari, hasil jualan melebihi RM400 dan mencapai RM800 sehari iaitu jualan pada hari terakhir gerai dibuka. Pada hari terakhir, majlis tertinggi Pharmatrade mencadangkan untuk membuat jualan lelong kepada pengunjung tapak konvo. Sambutan yang diberikan pada hari terakhir sangat menggalakkan dan memberikan pulangan yang lumayan. Jualan yang dijadualkan berakhir pada jam 2 petang pada hari terakhir jualan itu ditangguhkan kerana masih ramai pelanggan yang berpusu-pusu datang ke gerai Pharmatrade sempena jualan lelong yang berlangsung. Gerai Pharmatrade pada ketika itu dihiasi hingar bingar dan tawar-menawar antara pengujung dengan pelajar. Suasana pada ketika itu sangat meriah. Pada hari terakhir itu, gerai ditutup jam 4 petang, 2 jam lewat daripada yang dijadualkan.
Semua peserta Pharmatrade berbangga atas usaha keras dan komitmen yang ditunjukkan mereka dalam menjayakan projek Pharmatrade pada tahun ini. Kami amat berpuas hati dengan jumlah jualan yang dicatatkan dan kerjasama yang ditunjukkan daripada semua pihak yang terlibat. Kami berharap agar projek Pharmatrade pada tahun-tahun akan datang akan bertambah baik dan bermutu dari segi prestasi dan hasil jualan.
Disediakan Oleh:
Farhani Adlina
(Bahagian Dokumentasi Projek Pharmatrade 2009)
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raye!!!!!!!

ha,ari ni da puase yg ke-25 da..bg kaum lelaki la..yg perempuan 2 mybe ade yg x cukup...hehe..jgn mare haa...lg brape hari je lg nak raye da..huhu,kjap je rase...ok la, dikesempatan ini aku mewakili semue exco nak mengucapkan berbanyak2 mintak maaf kepada semue insan jika kami ade tersalah perbuatan sepanjang beberapa bulan menjalankan tugas...diharap korang2 sume akan enjoy dengan aktiviti2 yg akan diadakan nnt..kepade ume member2 pharmacy,harap menjage diri korang baik2 time nak balik raye nnt..aku doakan korang sume slamat smpai..kem salam kat parens korang k...mane tau ade yg leh jd my parens in law..hahaha..apekedehal!!!hehe...so,korang tggu je la satu mende best pas raye nnt, yang dikepalai oleh payot..haha..jeng..jeng..k,nak anta esemen kat geetha..kang die mengamuk dalam bahase tamil kang,mampus aku..k,chow lu..
Monday, September 14, 2009
Berbuke Puaseeeee!!!
Saturday, August 29, 2009
~ PharmEx 2009 ~
alhamdulillah... berjaya jga laksanakan projek pameran ni setelah mlalui pelbagai masalah...
Sory bos (dd) lmbat sket update sal pharmex ni.. tenet tidak mngizinkan....
Hurm, x tau la nk tulis apa ni.... Firstly, nk thanks dulu kat suma yg terlibatkan dlm mnjayakan projek pameran ni... tanpa korang suma x mungkin dapat merealisasikan projek ni.... (kredit wat ajk2 yg terlibat, MT ( azim, paen, qid,fani, halida) , n lecturer2 serta pihak yg memberi sumbgan kepada kami)
PharmEX (pameran kesihatan)11-15 0gos 2009 dr 9 pg- 5.00 ptg ... leh kata setiap tahun dh jd aktiviti persatuan. Aktiviti2 pun lebih kurang je, pemeriksaan kesihatan, pameran n kuiz... mungkin kna lebih kreatif agknya.. Stp tahun bhg pemeriksaan kesihatan menjadi tumpuan utama..hehe thun ni ada ayam hensem (ayam brittle namanya) n love bird.. Rmai org kagum betul dgn ayam tu... Mungkin sebab jambulnya kot...
mula sekali, malam 10 hb ogos, 8.30 mlm ktaorg suma turun mnyiapkan tapak pameran.... Kecoh suma bahagian mnyiapkan bahan msing2... bersungguh2 sumanya... kalo x caya tgk la gmbar ni
perasmian pharmex pun diadakan sekali dgn pharmatrade la. Prof.Izham yg rasmikan projek kami ni.. Thanks kepada suma lecturer yg sudi hadir...
rasanya cam malas nk tulis byk2..so kta tgk je la gambar2 kat bwh ni ek....rmai juga yg dtg kat pameran ni.. kecoh kalo budak2 sekolah yg dtg....
ayam hensem(brittle)
lupa lak, thanks kat suma yg berjaga malam tdo kat tapak pameran tu, nk tlg pun x mampu rsnya... ( kredit kat dak2 laki la) last but not least... ni gambar MT.. sekian.... terima kasih suma
Friday, August 14, 2009
Futsal la plak..apekedehal!!hehe..
ha,kali ni aku nak menyemai budaya bersukan kat dak2 farmasi..baru la badan sihat otak cergas...mak mentua pon kagum!!!hehe..idea untuk wat pertandingan futsal ni datang time melepak kat khaleel..las2 aku suro juki jadi pengarah projek..dengan bantuan rakan2 bola,akhirnya pertandingan ni jadi kenyataan..tanggal 2 ogos,sume berjalan agak lancar..walaupun ujan lebat,nasib baik la kejap je..huhu..objektif pertandingan ni ialah untuk menggalakkan sume orang bersukan,xkire batch,kaum,gaya hidup..anand pon maen pe..kagum aku!!hehe...so,yang menang ke kalah ke sume dapat adiah..walaupun ade sedikit rasa tidak puas ati di kalangan peserta yangbertanding, aku harap semuanya epi belaka...pasni nak wat game pe plak ek..congkak kot..layan!!!!!