Tuesday, September 29, 2009

PERJALANAN PHARMATRADE




Pharmatrade merupakan jualan pelajar-pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen bertarikh 12 hingga 16 Ogos 2009. Pengarah projek ini adalah Saudara Ammar Kamar, wakil pelajar daripada tahun dua. Antara produk-produk yang dijual sepanjang tempoh tersebut adalah produk-produk daripada Nature Care Pharmacy, One Drop Perfume, Nutrimetics, Kel’s Products, Caremart, dan Major Interest Sdn Bhd. Turut memeriahkan suasana adalah syarikat farmaseutikal, CCM yang turut menyertai jualan sepanjang minggu konvokesyen tersebut.


Untuk pembahagian tugas, para pelajar diberi dua slot untuk bertugas di gerai Pharmatrade untuk mempromosikan produk yang dijual kepada para pengujung tapak konvo. Setiap hari, lima slot diperuntukkan iaitu daripada 8 pagi hingga 6 petang di mana setiap slot diwakili oleh lima orang pelajar. Satu slot berlangsung selama dua jam. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar lelaki daripada tahun dua diberi tugas untuk menjaga gerai daripada diceroboh dan mengelakkan kecurian. Setiap pelajar yang bertugas di gerai diberi tugas berlainan iaitu sebagai promoter (mempromosikan gerai pharmatrade di sekitar kawasan konvokesyen), penjaga kaunter pembayaran dan juga jurujual yang melayan pelanggan. Bendahari dan pelajar-pelajar daripada bahagian pemasaran perlu hadir pada setiap slot dan diketuai oleh Teng Sook Yee. Sebelum bertugas, para pelajar dilatih terlebih dahulu tentang cara-cara mempromosikan produk-produk yang dipamerkan.


Perasmian Gerai Pharmatrade ini berlangsung pada hari pertama beroperasi iaitu pada 12 Ogos 2009. Perasmian ini dilakukan oleh PM (Dr.) Mohd Izham Mohd Ibrahim Turut memeriahkan suasana adalah pensyarah-pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi yang turut turun padang iaitu Dr Nurzalina, Dr Azmi Hassali dan pensyarah-pensyarah yang lain. Selepas perasmian, Dr Izham dan semua pensyarah diiringi oleh pengarah projek Pharmatrade, Saudara Ammar dan pengarah projek Pharmex, Saudari Muslihah Rafli untuk melawat tapak jualan dan pameran bagi kedua-dua projek.


Sepanjang pembukaan gerai, jualan agak memberangsangkan semenjak hari pertama gerai dibuka lagi. Setiap hari, hasil jualan melebihi RM400 dan mencapai RM800 sehari iaitu jualan pada hari terakhir gerai dibuka. Pada hari terakhir, majlis tertinggi Pharmatrade mencadangkan untuk membuat jualan lelong kepada pengunjung tapak konvo. Sambutan yang diberikan pada hari terakhir sangat menggalakkan dan memberikan pulangan yang lumayan. Jualan yang dijadualkan berakhir pada jam 2 petang pada hari terakhir jualan itu ditangguhkan kerana masih ramai pelanggan yang berpusu-pusu datang ke gerai Pharmatrade sempena jualan lelong yang berlangsung. Gerai Pharmatrade pada ketika itu dihiasi hingar bingar dan tawar-menawar antara pengujung dengan pelajar. Suasana pada ketika itu sangat meriah. Pada hari terakhir itu, gerai ditutup jam 4 petang, 2 jam lewat daripada yang dijadualkan.

Semua peserta Pharmatrade berbangga atas usaha keras dan komitmen yang ditunjukkan mereka dalam menjayakan projek Pharmatrade pada tahun ini. Kami amat berpuas hati dengan jumlah jualan yang dicatatkan dan kerjasama yang ditunjukkan daripada semua pihak yang terlibat. Kami berharap agar projek Pharmatrade pada tahun-tahun akan datang akan bertambah baik dan bermutu dari segi prestasi dan hasil jualan.

Disediakan Oleh:

Farhani Adlina

(Bahagian Dokumentasi Projek Pharmatrade 2009)

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raye!!!!!!!



ha,ari ni da puase yg ke-25 da..bg kaum lelaki la..yg perempuan 2 mybe ade yg x cukup...hehe..jgn mare haa...lg brape hari je lg nak raye da..huhu,kjap je rase...ok la, dikesempatan ini aku mewakili semue exco nak mengucapkan berbanyak2 mintak maaf kepada semue insan jika kami ade tersalah perbuatan sepanjang beberapa bulan menjalankan tugas...diharap korang2 sume akan enjoy dengan aktiviti2 yg akan diadakan nnt..kepade ume member2 pharmacy,harap menjage diri korang baik2 time nak balik raye nnt..aku doakan korang sume slamat smpai..kem salam kat parens korang k...mane tau ade yg leh jd my parens in law..hahaha..apekedehal!!!hehe...so,korang tggu je la satu mende best pas raye nnt, yang dikepalai oleh payot..haha..jeng..jeng..k,nak anta esemen kat geetha..kang die mengamuk dalam bahase tamil kang,mampus aku..k,chow lu..

Monday, September 14, 2009

Berbuke Puaseeeee!!!

Allahummalakasumna wabika amanna...yg laen korang sambung sendiri la k..ahahha..akhirnya tercapai gak impian nak wat majlis berbuke puase kat skool..salunye asek wat kat indah kembare je..ape,ingat aku amek kos indah kembare ke..apekedehal!!hehe..so,majlis kali ni menjadi kenyataan hasil kerjasama sume pihak..dari 1st year smpai la 4th year....dak 1st year smpai 3rd year handle pasal teknikal fizikal,cam tikar, pembesar suare...thanx kat zul,arif,azzim,hadi dan mane2 pihak yg aku x tersebut k..n dak 4th year lak setel psl makanan..thanx kat abu ngan najab..tah ape ilmu diorang pakai sampai makcik kafe skool leh bg rm 4 je utk makanan yg bny dan sedap..ko bg die usap pp ko ke abu!!hahaha...anyway thanx sgt2..kehadiran mlm 2 pon ok..ramai yg join..caya la korang...majlis 2 diimarahkan lg dengan majlis khatam quran..alhamdulillah..nsb xde majlis bertunang ngan akad nikah mlm 2..hahaha..sbr2,tggu raye ke 5...pas berbuke je sume pakat sembahyang maghrib ngan sembahyang sunat hajat..thanx kat imam mlm 2,acong ngan ammar..x lupe gak arif yang makan lambat sebab melaungkan azan..haha..so,aku harap majlis ni diteruskan utk taun2 yg akan datang..sentimental woo..ngz tahap banjir da ni!!!...haha..k lah,2 je dulu..nk g sembahyang terawih lak..kang mak mentue marah lak..haha...assalamualaikum...